PENGENALAN PUMCS


SEJARAH PENUBUHAN PUMCS SARAWAK

         Penubuhan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sarawak bermula dengan cetusan harapan beberapa orang ilmuan Islam bersama Naib YDP PUM Pusat ketika berada di Sarawak sempena Seminar Nuzul al-Quran Peringkat Negeri tahun 2012. YBhg Naib YDP berhasrat ingin mewujud PUMCS kerana ingin kasatuanan dikalangan ilmuan Islam Sarawak, khususnya dalam menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran semasa dan berharap penubuhannya dapat menjalinkan kesatuan dalam suatu wadah walaupun berbeza latar belakang penddikan agama. 

          Hasil daripada perbincangan tersebut beberapa orang ilmuan Islam telah dikumpulkan dan diadakan perjumpaan khas bersama pimpinan pusat iaitu Timbalan YDP PUM Pusat, YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan Naib TYDP YBhg. Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman pada  24 Mac 2012M/ 01 Jamadil Awwal 1433H, bertempat di Dewan Mesyuarat, YADIM Zon Sarawak 5026, Bangunan Shahnur, Jalan Astana, Petra Jaya Kuching, Sarawak. Perjumpaan julung kali ini yang telah dihadiri oleh 18 orang ilmuan Islam yang berbagai latarbelakang pendidikan agama samada pendidikan luar mahupun dalam negara telah Berjaya membentuk jawatankuasa sementera Persatuan Ulama Malaysia di Sarawak. Hasil daripada rentetan kesungguhan ilmuan Islam Sarawak, suatu Jawatankuasa telah dibentuk dan diberi kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 6 September 2012 bersamaan 19 Syawal 1433H.






No comments:

Post a Comment